Thursday, March 6, 2008

Lampiran 2

Kawan,

Dengar ni baik-baik,

Aku tak kecil, kau yang besarkan diri kau.
Aku tak susah, kau yang menyusahkan aku.
Aku tak sedih, kau yang kata aku menyedihkan.
Aku tak murtad, kau yang memurtadkan aku.

Kini, hidup aku, bertuhankan kau.

Yang dipaksa,
Kawan B.

Saturday, February 16, 2008

Lampiran 1

Kawan-kawan,

Kegembiraan datang pada aku semalaman. Seperti ada perkara baru yang aku capai. Seperti satu lagi kesudahan yang dinanti.

Teringat aku sewaktu kecil. Saat aku pulang dari sekolah, mengayuh basikal dan di dalam beg aku ada sesuatu yang aku ingin baca bila tiba di rumah nanti. Kemungkinan yang aku ingin hadapi. Kalau sesuatu yang baik, senyum aku. Kalau tak, mengeluh. Cari lagi.

Kawan,

Sewaktu kecil, aku sering membeli bahan bacaan untuk mengisi kekosongan. Sekarang, masih lagi. Bezanya, dulu bahan santai. Sekarang, lebih kepada pencarian jawapan. Pengembaraan bermula bila aku mulakan. Kegembiraan aku perolehi bila aku menghabiskan satu. Diberikan jawapan.

Begitu mudah aku gembira di masa itu. Hanya perlu RM4.

Adakah itu teori kehidupan? Mencari? Pencarian itu, makin lama, makin besar tujuannya.

Kawan,

Aku masih tertanya, adakah di kepala kita memori semasa kita bayi? Semasa kita di dalam pergelutan hanya untuk berdiri. Menangis tak henti hanya untuk berdiri. Di mana kita simpan memori itu? Aku rasa, jika memori itu masih melekat di kepala, kita ingat betapa susahnya untuk berdiri, kini kita bersyukur kita sudah mampu berlari. Mungkin, jika itu berlaku, segala kesulitan, seperti kesulitan tidak ditemani, sudah mampu kita atasi. Kerana kita bersyukur, kita sudah mampu berlari.

Bersyukurlah, kawan.

Senyum,
Kawan B.

Friday, February 15, 2008

Pengenalan

Sayang,

Kasih itu telah hilang. Kasih itu sudah tiada. Kita hidup lain cara, pertembungan dua peradaban yang tak mungkin bersatu. Aku mencari identiti yang mungkin sudah lama hilang ditelan zaman. Dan, aku tahu, tidak akan kembali ke zaman aku yang dahulu. Menagih kasihmu, menanti mesejmu. Sentiasa dahagakan senyuman kamu yang mencairkan hatiku. Ya, hati aku.

Sayang,

Segala pemberian aku kepada kamu adalah pemberian dari hati ke hati. Aku zahirkan persahabatan kita dengan pemberian yang aku sendiri sayangi. Sukar untuk dilepaskan. Tapi, kerana kamu, aku sanggup. Aku tidak mengharapkan pembalasan. Tapi, lama kelamaan, aku faham, yang kita tidak mungkin akan menyatu. Jauh, terlalu jauh.

Sayang,

Kawan-kawan juga yang banyak membantu. Hilang kasih, mereka tempat mengadu. Kerana mereka, yang menarik tangan aku, di saat aku memerlukan mereka. Mereka hadir dalam diriku walaupun dibelakangi secara sedar atau tidak sedar. Aku yang sememangnya pelupa, bahawa mereka sentiasa ada, untukku. Terima kasih kawan.

Aku,
Kawan A

Pengenalan

Makam itu tempat persemadian (bukan hanya nyawa).
Pondan itu merujuk kepada sifat, bukan individu.

Disinilah tempat aku ingin membuang (meluah lebih tepat)
segala sifat-sifat aku.

Aku tiada teman wanita, utk dibuat borak,
Aku ada ramai kawan, tapi aku penakut,
Aku ada Famili, tp aku (?)
Aku ada Tuhanku, tapi aku masih lagi gagal.

Bukan hanya hari kekasih kami rasa begini,
Hari-hari umpama seperti hari kekasih bagi kami,
Takpe lah, nie baru permulaan utk keluhan.
=)

Mungkin aku patut kurang menonton filem pasal LIFE, dan kurangkan
mendengar lagu pasal DUNIA, dan aku patut kurangkan Kafein
agar aku dapat tidur dengan lebih lena.


Sekian,
Kawan C

Pengenalan

Tanggal 14 Februari, kami sepakat. Kerana Hari Kekasih itu.
Sepatutnya semalam aku menulis ini. Semalam, blog ini harus dihiasi.

Tapi,

Aku sibuk menyendiri.

Kawan,

Pondan itu adalah satu metafora kepada perlembutan hati ini. Perlembutan yang katanya diperlukan untuk merasai nikmat menjadi manusia, sensitif kepada sebarang bentuk makanan perasaan. Supaya kami dapat membaiki, merasa dan turut serta dalam setiap pergolakan perasaan yang manusia lain tempuhi. Makam itu cara yang kami mahu mati. Disemadikan di makam tinggi.


Jadi, janganlah wujud prasangka yang kami membenci atau cuba mengeksplotasi.

Kawan,

Malam makin tua. Begitu juga hati dan tubuh ini.

Aku berdoa agar esok masih ada satu rencana kehidupan buatku. Banyak yang aku ingin berkongsi dengan kamu.

Kawanku sayang, jaga diri.


Menulis,
Kawan B.